Soalan Pra UPSR 2013 Johor

SOALAN

Semalam saya terfikir mungkin ada rakan guru yang sedang menghitung hari menjelang UPSR 2013 & sedang merancang apa aktiviti yang nak ditambah lagi dalam masa yang berbaki. Jadi saya browse-lah sedikit sebanyak dalam perisian portal ini mencari apa widget yang sesuai untuk memudahkan anda menghitung hari (macam lagu Krisdayanti pula). Maka terjumpalah satu widget ini yang anda boleh tengok di sebelah kanan portal. Sudah siap sedia kiraan bilangan minggu, hari, jam, minit & saat untuk tatapan. Mudah bukan?

Kepada cikgu yang ada meminjam dengan PTPTN masa belajar/sambung belajar dulu, nah ada berita kurang baik yang trending sejak semalam. Nasihat saya jangan liat membayar hutang, kelak diri merana. Nak buat pinjaman kereta, rumah & peribadi pun mungkin menjadi masalah jika tersenarai dalam sistem CCRIS. Jadi “bertaubatlah” segera, hehe 🙂

>>Peminjam ingkar PTPTN disenarai CCRIS

Untuk anda semua pengunjung setia portal ini, saya telah uploadkan bahan berikut.

  1. Percubaan UPSR Johor Bahasa Melayu Pemahaman
  2. Percubaan UPSR Johor Bahasa Melayu Penulisan
  3. Percubaan UPSR Johor Bahasa Inggeris Kertas 1
  4. Percubaan UPSR Johor Bahasa Inggeris Kertas 2
  5. Percubaan UPSR Johor Matematik Kertas 1
  6. Percubaan UPSR Johor Matematik Kertas 1
  7. Percubaan UPSR Johor Sains Bahagian A
  8. Percubaan UPSR Johor Sains Bahagian B

 

Dapatkannya di sini —–> [here]

5,665 total views, no views today